Pemuda Samariang ikrar menyokong PAS |
Kuching - Sebahagian
besar penduduk sekitar Kg Lintang,Samariang Hulu,Samariang Batu serta
beberapa kampung lagi di sekitar DUN N.07 Samariang,malam ini telah
berikrar akan bekerja keras bagi memastikan DUN tersebut akan menjadi
milik PAS. Mereka membuat ikrar tersebut sebaik sahaja selesai majlis perasmian Pos Operasi Utama N.07 Samariang,di Jalan Bentara .Kg Samariang Jaya yang telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga merupakan AJK PAS Pusat,YB Usataz Haji Abu Bakar Chik. Dalam majlis tersebut seramai 53 orang pemuda dari Kg sekitar telah mendaftarkan diri sebagai pertugas khas.Didalam majlis Perasmian tersebut ,majlis telah dimulakan dengan solat magrib berjamaah ,bacaan Surah Yassin,seterusnya diisi dengan Solat hajat sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardu Isya'. Seterusnya,ketika menyampaikan Tazkirah selepas solat hajat,Usataz Abu Bakar Chik mengingatkan kepada pertugas sentiasa menjaga disiplin serta sentiasa menjaga adat -adat serta undang-undang Pilihanraya ,sekaligus dengan itu akan menutup peluang musuh mengambil peluang diatas kesilapan kita.
|